Thursday, November 14, 2013

Keputusan UPSR 2013. Tahniah SK Bawang Pitas!

Pada hari ini juga, selain daripada Hari Anugerah Kecemerlangan 2013, satu lagi sejarah telah dicatatkan oleh SK Bawang dalam pencapaian UPSR 2013. Secara rasminya, SK Bawang telah berjaya menduduki tempat ke-2 secara keseluruhan di peringkat daerah Pitas seterusnya melepasi KPI gred purata daerah iaitu sebanyak 2.41. Dengan ini, sekali lagi SK Bawang berjaya mengekalkan pencapaian band 3 pada tahun ini.

Selain itu, kejayaan manis yang tidak diduga juga adalah pencapaian 100% lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan dan Pemahaman. Tahniah murid dan Cikgu Rasimi!. Bahasa Inggeris juga telah menunjukkan peningkatan pencapaian peratusan lulus. Tahniah Teacher Munirah. Selain itu, mata pelajaran Sains dan Matematik juga telah menunjukkan prestasi yang membanggakan. Tahniah juga kepada Cikgu Risna dan Cikgu Adzri. Sekali lagi segunung tahniah kepada guru tahun 6 serta murid-murid yang telah berusaha sebaik mungkin mengekalkan kecemerlangan sekolah.

Guru Besar, Encik Lumbihan Gintanu dengan cerianya mengumumkan
 keputusan UPSR SK Bawang kepada murid serta ibu bapa. 
Wajah ceria murid-murid serta guru-guru tahun 6 dan pentadbir setelah mengetahui keputusan masing-masing. Cikgu Risna tidak bersama-sama pada hari ini kerana masalah kesihatan.
Sijil penghargaan daripada PPD atas kejayaan SK Bawang melepasi
 KPI pencapaian UPSR yang telah ditetapkan.
Lagi sijil penghargaan daripada PPD atas kejayaan melepasi KPI bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Melayu Pemahaman serta Sains.
Diharapkan agar muird-murid tahun 6 pada tahun hadapan dapat mengekalkan dan meningkatkan lagi prestasi UPSR. Tahniah kepada semua pihak yang telah memberi komitmen dalam usaha sekolah untuk mengekalkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum.

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2013

Hari ini, tanggal 14 November 2013, SK Bawang dengan jayanya telah menganjurkan Hari Anugerah Kecemerlangan 2013. Majlis ini bertujuan untuk menghargai serta memberi ganjaran dan pengiktirafan kepada para pelajar yang telah berjaya menunjukkan prestasi cemerlang pada tahun ini baik dari segi akademik mahu pun kokurikulum.

Majlis telah berjalan dengan begitu lancar serta mendapat sokongan padu daripada ibu bapa. Ramai ibu bapa yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis. Pemilihan tarikh ini juga bertujuan untuk memberi pengumuman kepada ibu bapa, keputusan UPSR yang telah diduduki oleh  para murid tahun 6. Tokoh Murid serta anugerah Murid Penyanyang telah disandang oleh adik Dzul Farhatul Huda Zamzuri.

Selain daripada penyampaian anugerah kepada para pelajar, murid-murid juga telah membuat persembahan untuk memeriahkan lagi majlis. Antara persembahan yang telah disampaikan adalah bacaan puisi oleh murid tahun 6, 'Action Song' oleh murid tahun 2, 'Cita-citaku' oleh murid tahun 3, tarian Jamilah oleh murid PRA sekolah dan tahun 5, serta qasidah 'Wahai Purnama' oleh murid tahun 4.

Majlis berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari. Tahniah kepada para penerima anugerah. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para guru, kakitangan sokongan, ibu bapa serta murid-murid yang telah memberi komitmen serta kerjasama yang tinggi bagi menjayakan Hari Anugerah Kecemerlangan SK Bawang 2013.

Ibu bapa serta murid telah mula memenuhi dewan.
Penyampaian anugerah kepada pelajar Pra sekolah.
Persembahan qasidah 'Wahai Purnama' oleh pelajar tahun 4 di bawah bimbingan Ustaz Razal.
 Pembukaan persembahan yang begitu memukau para hadirin.
Adik Fazli telah berjaya mendapat anugerah mata pelajaran terbaik. 
Adik Izzatie Yaakub mendapat anugerah mata pelajaran Bahasa Inggeris terbaik.
Persembahan 'Action Song' oleh murid tahun 2. Penuh bersemangat.

Anugerah olehragawan peringkat zon disandang oleh
adik Fauzanul Qiadi. Tahniah! 
Olahragawati zon pula disandang oleh adik Sherlina. Tahniah
SK Bawang! Menyapu bersih kedua-dua anugerah olahragawan
dan olahragawati peringkat zon.
Berehat sebentar sambil meyaksikan persembahan tarian
Jamilah oleh pelajar Pra Sekolah dan tahun 5, dibawah
bimbingan Cikgu Raven.
Anugerah yang dinanti-nati oleh para pelajar, anugerah murid penyanyang telah disandang oleh adik Farhatul Huda sekaligus mendapat anugerah Tokoh Murid 2013. Tahniah!

Puan Juraidah Binti Ali mendapat anugerah ibu bapa prihatin. Terima kasih
puan kerana sentiasa memberi kerjasama yang padu kepada pihak sekolah. 
Persembahan terakhir yang begitu menyentuh hati, bacaan puisi oleh murid
tahun 6. Persembahan terakhir mereka sebelum meninggalkan zaman sekolah rendah.
Persembahan 'Cita-citaku' oleh murid tahun 3 kendalian
Cikgu Hazarinah telah mendapat tepukan paling gemuruh.

Thursday, October 31, 2013

Deklimasi Sajak Oleh Adik Marlia Kalbin




Kem Membaca 1 Malaysia

Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ : ONE NATION READING TOGETHER merupakan program membaca serentak terbesar di Malaysia yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.Kedua-dua program ini merupakan perkongsian pintar antara Kementerian Pelajaran Malysia (KPM) dan Scholastic Malaysia. Program yang mula diadakan pada tahun 2008 bertujuan membina amalan membaca dalam kalangan murid sekolah di Malaysia. Antara pencapaian tertinggi program ini ialah penerimaan Anugerah “The Most Number Of Children Reading Storybooks in Schools in a Day” di dalam entri Malaysian Book Of Record (MBOR) 2010. 

Maka alhamdulillah, satu perancangan telah dibuat di peringkat sekolah dan telah dilaksanakan dengan jayanya pada 28 hingga 31 oktober 2013 yang melibatkan semua peringkat pelajar bermula dari tahun satu hingga tahun enam. Antara aktiviti yang dipertandingkan selain membaca adalah seperti pertandingan mendeklamasi sajak, pertandingan melukis, pertandingan mewarna, pertandingan bercerita dan kuiz cabutan bertuah. 

Program ini bertujuan untuk memupuk minat membaca secara berterusan dikalangan pelajar terutamanya diwaktu cuti sekolah dan juga sepanjang hayat. Selain itu, program ini juga adalah untuk menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan maklumat dalam kalangan pelajar. semoga program ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang dengan pelbagai aktiviti menarik yang dapat ditambah baik dari masa ke semasa untuk dimanfaatkan kepada pelajar. 


Para pengadil pertandingan yang khusuk dengan tugasnya 

Pertandingan mewarna 

Adik Thaqifah yang khusuk mewarna
Antara hasil yang diperolehi setelah adik2 berpenat lelah
Antara calon2 pemenang

Guru-guru yang berdedikasi 

Para pelajar Sk Bawang Pitas


Thursday, October 10, 2013

KELEBIHAN BULAN ZULHIJJAH. HAYATI ROH HAJI

HAYATI ROH ‘HAJI’ UNTUK YANG TIDAK KE TANAH SUCI

Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah orang yang tidak mendapat bahagian kebaikan dalam hari-hari sepuluh, jagalah terutama berpuasa pada hari kesembilan Zulhijjah sebab ia mengandungi kebaikan (keuntungan) yang lebih banyak dari apa yang dapat dihitung oleh ahli hitung.” (Riwayat Abu Dardaa.)

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada sebarang hari pun yang lebih disukai Allah dimana seorang hamba beribadat di dalam hari-hari itu daripada ibadat yang dilakukannya di dalam 10 hari Zulhijah. Puasa sehari di dalam hari itu menyamai puasa setahun dan qiamulail (menghidupkan malam) di dalam hari itu seumpama qiamulail setahun.”
.
Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a.,  Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)
.
Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:  “Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Zulhijjah, di Hari Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya.”(Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)
.
Amalan Puasa Bulan Zulhijjah
HARI
PERISTIWA
KELEBIHAN PUASA
1 Zulhijjah
Allah mengampuni Nabi Adam di Arafah.
Sesiapa yang berpuasa pada hari ini, Allah mengampuni dosanya.
2 Zulhijjah
Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun.
Sesiapa berpuasa pada hari ini, maka seperti orang yang beribadah dan berpuasa setahun tanpa melakukan maksiat.
3 Zulhijjah
Doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah,
Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya.
4 Zulhijjah
Nabi Isa dilahirkan.
Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah akan menghilangkan kesusahan, kemelaratan dan kefakirannya serta pada hari kiamat bersama orang yang baik, mulia dan terhormat.
5 Zulhijjah
Nabi Musa a.s. dilahirkan dan memuliakan munajatnya.
Sesiapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.
6 Zulhijjah
Allah membukakan pintu kebaikan untuk Nabi-Nabi-Nya.
Sesiapa berpuasa pada hari itu akan dipandang Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta tidak akan diazab.
7 Zulhijjah
Pintu neraka jahanam akan dikunci dan tidak dibuka sebelum berakhir hari ke-10 Zulhijjah.
Sesiapa berpuasa pada hari ini, Allah menghindarkannya daripada 30 pintu kemelaratan dan kesukaran serta membuka 30 pintu kemudahan dan kesenangan.
8 Zulhijjah
Hari ini dinamakan  “Tarwiyah” (Hari berfikir).Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan.
.Sesiapa berpuasa pada hari itu ia akan akan mendapat pahala yang tidak terhingga banyaknya kecuali Allah.
9 Zulhijjah
Hari ini dinamakan “Hari Arafah” (Hari tahu). Arafah bermakna tahu atau memahami.1. Di tempat inilah Nabi Adam a.s. mengerti jati dirinya.2. Pada hari ini Allah memberitahu Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu adalah perintah dari-Nya bukan dari syaitan.3. Pada hari ini juga turunnya ayat al-Quran terakhir.
.Sesiapa berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
Text Box: Rujukan : http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/10/28/amalan-puasa-bulan-zulhijjah/10 Zulhijjah
Hari Raya Aidiladha, dinamakan juga Raya Korban dan hari “Nahar” (menyembelih).
Haram berpuasa pada hari ini.Sesiapa berkorban dengan satu korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu, Allah akan mengampuni semua dosanya dan dosa ahli keluar-ganya.Dan sesiapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dengan selamat dan timbangannya pun menjadi lebih berat daripada Bukit Uhud..

Sunday, October 6, 2013

SUASANA SEKITAR SAMBUTAN HARI KEMERDEKAA SK BAWANG PITAS 2013

Dedikasi seorang guru penolong kanan. Memasang bendera sebelum perhimpunan 
 
Dengan penuh iltizam, Cikgu Somsiah, PK HEM menaikkan bendera Malaysia.

Sesi senamrobik sebelum acara Larian Merdeka. 
Dikendalikan oleh instructor kebangsaan ni..=P

Acara Larian Merdeka bermula. Kelihatan murid-murid begitu berkobar-kobar lari. Akhirnya ramai jugak yang pancit tengah jalan ni =P
Guru Besar berjiwa rakyat. Turun padang melihat hasil kerja murid-murid. (Pertandingan mewarna Tahap 1)

Khusyuk menyiapkan poster kemerdekaan. (Pertandingan melukis poster Tahap 2)
bersemangat. 
Guru Besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan. 
 
Cikgu Rajak dengan jayanya telah berbasikal mengiringi murid-murid sewaktu Larian Merdeka.  

Tayangan video kemerdekaan yang disediakan oleh Ustaz Halim dan diselenggara oleh Ustaz Razal. 

Cikgu Somsiah juga tidak melepaskan peluang bergaya bersama-sama basikal berhias.  

SAMBUTAN KEMERDEKAAN




Pada 6 Mac 7 September 2013 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Bawang Pitas telah menganjurkan  program ‘Sambutan Bulan Kemerdekaan’ peringkat sekolah. Tema program ini adalah selaras dengan tema sambutan kemerdekaan pada tahun ini iaitu ‘ Malaysiaku Berdaulat; Tanah Tumpahnya Darahku’. 

PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
 SK. BAWANG PITAS 2013

TARIKH          : 7 SEPTEMBER 2013
HARI               : SABTU
TEMPAT        : SK BAWANG PITAS


AKTIVITI
-       Bacaan doa
-       Nyanyian lagu Kemerdekaan
-       Ucapan perasmian oleh Guru Besar SK. Bawang
Senamrobik Merdeka
Larian Merdeka
Tayangan Video
Rehat
-       Mewarna tahap 1
-       Melukis poster tahap 2
Bersurai



Friday, September 27, 2013

SELAMAT DATANG =) SK BAWANG PITAS, SABAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat datang diucapkan kepada pengunjung blog SK Bawang Pitas, Sabah. Kami warga SK Bawang mengalu-alukan pandangan serta teguran yang membina dari semua pihak bagi memajukan lagi pendidikan di sekolah khususnya dan di Malaysia umumnya. Di harap sistem pendidikan negara kita akan terus berkembang sejajar dengan perkembangan dunia globalisasi dewasa ini.

"MAJULAH PENDIDIKAN UNTUK NEGARA" =).