SK. BAWANG, 19 Ogos - Sekolah Kebangsaan Bawang Pitas telah melancarkan pelbagai program dan aktiviti di peringkat sekolah sempena meraikan Bulan Kemerdekaan Malaysia 2014 yang merupakan sebahagian daripada sambutan Hari Kebangsaan Negara Ke-57. Program2 dan aktiviti2 tersebut diadakan untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan negara serta perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Semua aktiviti yang diadakan melibatkan semua murid Prasekolah hingga Tahun 6 yang dikendalikan oleh Cikgu Nursyuhada dan guru2 yang lain.
Antara aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan ialah Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2014 peringkat SK Bawang, tayangan video kemerdekaan, kuiz kemerdekaan, pertandingan melukis dan mewarna, pertandingan Basikal Merdeka dan juga aktiviti mewarna Jalur Gemilang sepanjang 10 meter. Antara aktiviti yang baru saja dilaksanakan ialah aktiviti mewarna Jalur Gemilang yang telah berlangsung dengan jayanya melibatkan semua pelajar dan guru SK.Bawang. Pelbagai gelagat2 yang mencuit hati sempat dirakamkan sebagai kenangan bersama.
Para pelajar mengambil tempat masing2 |
Aktiviti dimulakan |
Mewarna biar lambat, asalkan cantik |
Hampir siap |