Thursday, November 14, 2013

Keputusan UPSR 2013. Tahniah SK Bawang Pitas!

Pada hari ini juga, selain daripada Hari Anugerah Kecemerlangan 2013, satu lagi sejarah telah dicatatkan oleh SK Bawang dalam pencapaian UPSR 2013. Secara rasminya, SK Bawang telah berjaya menduduki tempat ke-2 secara keseluruhan di peringkat daerah Pitas seterusnya melepasi KPI gred purata daerah iaitu sebanyak 2.41. Dengan ini, sekali lagi SK Bawang berjaya mengekalkan pencapaian band 3 pada tahun ini.

Selain itu, kejayaan manis yang tidak diduga juga adalah pencapaian 100% lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan dan Pemahaman. Tahniah murid dan Cikgu Rasimi!. Bahasa Inggeris juga telah menunjukkan peningkatan pencapaian peratusan lulus. Tahniah Teacher Munirah. Selain itu, mata pelajaran Sains dan Matematik juga telah menunjukkan prestasi yang membanggakan. Tahniah juga kepada Cikgu Risna dan Cikgu Adzri. Sekali lagi segunung tahniah kepada guru tahun 6 serta murid-murid yang telah berusaha sebaik mungkin mengekalkan kecemerlangan sekolah.

Guru Besar, Encik Lumbihan Gintanu dengan cerianya mengumumkan
 keputusan UPSR SK Bawang kepada murid serta ibu bapa. 
Wajah ceria murid-murid serta guru-guru tahun 6 dan pentadbir setelah mengetahui keputusan masing-masing. Cikgu Risna tidak bersama-sama pada hari ini kerana masalah kesihatan.
Sijil penghargaan daripada PPD atas kejayaan SK Bawang melepasi
 KPI pencapaian UPSR yang telah ditetapkan.
Lagi sijil penghargaan daripada PPD atas kejayaan melepasi KPI bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Melayu Pemahaman serta Sains.
Diharapkan agar muird-murid tahun 6 pada tahun hadapan dapat mengekalkan dan meningkatkan lagi prestasi UPSR. Tahniah kepada semua pihak yang telah memberi komitmen dalam usaha sekolah untuk mengekalkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum.

No comments:

Post a Comment