Thursday, November 14, 2013

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2013

Hari ini, tanggal 14 November 2013, SK Bawang dengan jayanya telah menganjurkan Hari Anugerah Kecemerlangan 2013. Majlis ini bertujuan untuk menghargai serta memberi ganjaran dan pengiktirafan kepada para pelajar yang telah berjaya menunjukkan prestasi cemerlang pada tahun ini baik dari segi akademik mahu pun kokurikulum.

Majlis telah berjalan dengan begitu lancar serta mendapat sokongan padu daripada ibu bapa. Ramai ibu bapa yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis. Pemilihan tarikh ini juga bertujuan untuk memberi pengumuman kepada ibu bapa, keputusan UPSR yang telah diduduki oleh  para murid tahun 6. Tokoh Murid serta anugerah Murid Penyanyang telah disandang oleh adik Dzul Farhatul Huda Zamzuri.

Selain daripada penyampaian anugerah kepada para pelajar, murid-murid juga telah membuat persembahan untuk memeriahkan lagi majlis. Antara persembahan yang telah disampaikan adalah bacaan puisi oleh murid tahun 6, 'Action Song' oleh murid tahun 2, 'Cita-citaku' oleh murid tahun 3, tarian Jamilah oleh murid PRA sekolah dan tahun 5, serta qasidah 'Wahai Purnama' oleh murid tahun 4.

Majlis berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari. Tahniah kepada para penerima anugerah. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para guru, kakitangan sokongan, ibu bapa serta murid-murid yang telah memberi komitmen serta kerjasama yang tinggi bagi menjayakan Hari Anugerah Kecemerlangan SK Bawang 2013.

Ibu bapa serta murid telah mula memenuhi dewan.
Penyampaian anugerah kepada pelajar Pra sekolah.
Persembahan qasidah 'Wahai Purnama' oleh pelajar tahun 4 di bawah bimbingan Ustaz Razal.
 Pembukaan persembahan yang begitu memukau para hadirin.
Adik Fazli telah berjaya mendapat anugerah mata pelajaran terbaik. 
Adik Izzatie Yaakub mendapat anugerah mata pelajaran Bahasa Inggeris terbaik.
Persembahan 'Action Song' oleh murid tahun 2. Penuh bersemangat.

Anugerah olehragawan peringkat zon disandang oleh
adik Fauzanul Qiadi. Tahniah! 
Olahragawati zon pula disandang oleh adik Sherlina. Tahniah
SK Bawang! Menyapu bersih kedua-dua anugerah olahragawan
dan olahragawati peringkat zon.
Berehat sebentar sambil meyaksikan persembahan tarian
Jamilah oleh pelajar Pra Sekolah dan tahun 5, dibawah
bimbingan Cikgu Raven.
Anugerah yang dinanti-nati oleh para pelajar, anugerah murid penyanyang telah disandang oleh adik Farhatul Huda sekaligus mendapat anugerah Tokoh Murid 2013. Tahniah!

Puan Juraidah Binti Ali mendapat anugerah ibu bapa prihatin. Terima kasih
puan kerana sentiasa memberi kerjasama yang padu kepada pihak sekolah. 
Persembahan terakhir yang begitu menyentuh hati, bacaan puisi oleh murid
tahun 6. Persembahan terakhir mereka sebelum meninggalkan zaman sekolah rendah.
Persembahan 'Cita-citaku' oleh murid tahun 3 kendalian
Cikgu Hazarinah telah mendapat tepukan paling gemuruh.

No comments:

Post a Comment