Tuesday, August 19, 2014

Sambutan Hari Kemerdekaan 2014 : Aktiviti Mewarna Jalur Gemilang

SK. BAWANG, 19 Ogos - Sekolah Kebangsaan Bawang Pitas telah melancarkan pelbagai program dan aktiviti di peringkat sekolah sempena meraikan Bulan Kemerdekaan Malaysia 2014 yang merupakan sebahagian daripada sambutan Hari Kebangsaan Negara Ke-57. Program2 dan aktiviti2 tersebut diadakan untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan negara serta perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Semua aktiviti yang diadakan melibatkan semua murid Prasekolah hingga Tahun 6 yang dikendalikan oleh Cikgu Nursyuhada dan guru2 yang lain. 

Antara aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan ialah Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2014 peringkat SK Bawang, tayangan video kemerdekaan, kuiz kemerdekaan, pertandingan melukis dan mewarna, pertandingan Basikal Merdeka dan juga aktiviti mewarna Jalur Gemilang sepanjang 10 meter. Antara aktiviti yang baru saja dilaksanakan ialah aktiviti mewarna Jalur Gemilang yang telah berlangsung dengan jayanya melibatkan semua pelajar dan guru SK.Bawang. Pelbagai gelagat2 yang mencuit hati sempat dirakamkan sebagai kenangan bersama. 

Persediaan sebelum aktiviti

Para pelajar mengambil tempat masing2

 
Guru yg setia mengawal pelajrnya
Aktiviti dimulakan

Mewarna biar lambat, asalkan cantik

Hampir siap
 
Inilah hasilnya.. cantik kn
Meratakan dan menghabiskan warna yg lebih
Mewarna bulan dan bintang oleh guru2
 
Inilah hasilnya kerjasama antara guru dan pelajar.. MERDEKA!!
 

Sambutan Hari Raya Eidulfitri 2014 Peringkat Sekolah

Pada 16 Ogos lepas, Sk Bawang Pitas telah menganjurkan Sambutan Hari Raya peringkat sekolah yang diadakan di perkarangan sekolah. Semua guru, kakitangan sokongan dan juga pelajar terlibat secara langsung dalam memeriahkan lagi sambutan majlis berkenaan. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi memeriahkan lagi majlis berkenaan seperti pakaian tercantik, pasangan sedondon, pakaian sedondon dan juga pertandingan karaoke lagu raya untuk pelajar dan guru. 

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul Halim Hamidi b. Abdul Aziz, ucapan ringkas oleh pengerusi PIBG sekolah En. Kalbin, ucapan ringkas oleh PK HEM En. Abdul Rajak Salleh dan disudahi dengan ucapan Tuan Guru Besar Sk.Bawang Pitas En. Lumbihan Gintanu dan seterusnya diikuti oleh jamuan raya diperkarangan lobi sekolah. Seterusnya majlis diserikan lagi dengan persembahan dari guru2 dan murid2 SK.Bawang Pitas.


Khemah Yang disediakan untuk para pelajar menjamu selera
Guru2 lelaki sibuk menyediakan PA system

Manakala guru perempuan sibuk dengan juadah masing2
Sumandak2 SK.Bawang yg hadir
Jejaka2 yg hensem SK.Bawang
Pemenang pakaian tercantik untuk tahun ni
Pasangan sedondon merah


       
Pasangan sedondon biru
Pasangan sedondon hijau
Pasangan sedondon coklat
Pakaian sedondon hijau
Pasangan sedondon Kuning
aktiviti karoake pelajar2
Santai2 bersama guru baru
satu merajuk, aku kahwin dua..
Guru besar bersama pasangan sedondon purple