Thursday, October 31, 2013

Kem Membaca 1 Malaysia

Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ : ONE NATION READING TOGETHER merupakan program membaca serentak terbesar di Malaysia yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.Kedua-dua program ini merupakan perkongsian pintar antara Kementerian Pelajaran Malysia (KPM) dan Scholastic Malaysia. Program yang mula diadakan pada tahun 2008 bertujuan membina amalan membaca dalam kalangan murid sekolah di Malaysia. Antara pencapaian tertinggi program ini ialah penerimaan Anugerah “The Most Number Of Children Reading Storybooks in Schools in a Day” di dalam entri Malaysian Book Of Record (MBOR) 2010. 

Maka alhamdulillah, satu perancangan telah dibuat di peringkat sekolah dan telah dilaksanakan dengan jayanya pada 28 hingga 31 oktober 2013 yang melibatkan semua peringkat pelajar bermula dari tahun satu hingga tahun enam. Antara aktiviti yang dipertandingkan selain membaca adalah seperti pertandingan mendeklamasi sajak, pertandingan melukis, pertandingan mewarna, pertandingan bercerita dan kuiz cabutan bertuah. 

Program ini bertujuan untuk memupuk minat membaca secara berterusan dikalangan pelajar terutamanya diwaktu cuti sekolah dan juga sepanjang hayat. Selain itu, program ini juga adalah untuk menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan maklumat dalam kalangan pelajar. semoga program ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang dengan pelbagai aktiviti menarik yang dapat ditambah baik dari masa ke semasa untuk dimanfaatkan kepada pelajar. 


Para pengadil pertandingan yang khusuk dengan tugasnya 

Pertandingan mewarna 

Adik Thaqifah yang khusuk mewarna
Antara hasil yang diperolehi setelah adik2 berpenat lelah
Antara calon2 pemenang

Guru-guru yang berdedikasi 

Para pelajar Sk Bawang Pitas


No comments:

Post a Comment