Tuesday, August 19, 2014

Sambutan Hari Raya Eidulfitri 2014 Peringkat Sekolah

Pada 16 Ogos lepas, Sk Bawang Pitas telah menganjurkan Sambutan Hari Raya peringkat sekolah yang diadakan di perkarangan sekolah. Semua guru, kakitangan sokongan dan juga pelajar terlibat secara langsung dalam memeriahkan lagi sambutan majlis berkenaan. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi memeriahkan lagi majlis berkenaan seperti pakaian tercantik, pasangan sedondon, pakaian sedondon dan juga pertandingan karaoke lagu raya untuk pelajar dan guru. 

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul Halim Hamidi b. Abdul Aziz, ucapan ringkas oleh pengerusi PIBG sekolah En. Kalbin, ucapan ringkas oleh PK HEM En. Abdul Rajak Salleh dan disudahi dengan ucapan Tuan Guru Besar Sk.Bawang Pitas En. Lumbihan Gintanu dan seterusnya diikuti oleh jamuan raya diperkarangan lobi sekolah. Seterusnya majlis diserikan lagi dengan persembahan dari guru2 dan murid2 SK.Bawang Pitas.


Khemah Yang disediakan untuk para pelajar menjamu selera
Guru2 lelaki sibuk menyediakan PA system

Manakala guru perempuan sibuk dengan juadah masing2
Sumandak2 SK.Bawang yg hadir
Jejaka2 yg hensem SK.Bawang
Pemenang pakaian tercantik untuk tahun ni
Pasangan sedondon merah


       
Pasangan sedondon biru
Pasangan sedondon hijau
Pasangan sedondon coklat
Pakaian sedondon hijau
Pasangan sedondon Kuning
aktiviti karoake pelajar2
Santai2 bersama guru baru
satu merajuk, aku kahwin dua..
Guru besar bersama pasangan sedondon purple

1 comment:

  1. Bekas Sekolah ku & Guru Besar paling sporting (1997-2002)....

    ReplyDelete